Powered By Blogger

Monday 16 May 2011

Happy Teachers Day~

Cikgu,
engkau ibarat lilin yang menerangi hidup kami..

Lawaknya.maksud aku bukan lawak ayat tu.ayat tu serius.cuma lawak sal ayat tu terlalu kerap diulang.sebelum Hari Guru lagi.hahaha..hari ini aku celebrate Hari Guru dengan guru2 aku untuk tahun yang terakhir sebagai student Asma..meriah sangat2..letih nak gelak la..

Seronok bila tengok cikgu2 kita yang tua2 gelak.nampak ceria ja.bila masuk kelas,garang gila.nak kalih tepi pun kalau boleh nak minta izin..hhuu..seraam kot cikgu Asma nih. Tapi, yang paling penting, cikgu Asma marah pun suka suki nak marahkan anak murid,mereka marah bersebab..dalam hati ade taman beb..haha..

Asma terkenal dengan sekolah perempuan yang berprestasi tinggi,bak kata pengetua kami la..cikgu lelaki ada la 4-5 orang..zaman diorang muda2 dulu lagi best,anak murid yang mengorat diorang..Ok la tu..membakar semangat nak belajar.ni zaman aku,semua dah nampak kedut.ade yang dah ade uban. (cikgu,saya bagi bayangan je cikgu,sorry cikgu2  sekalian). Tapi uban itulah , kedut itulah menjadi saksi seorang demi seorang pelajar Asma berjaya melangkah ke arah masa depan yang mapan..





Terima Kasih cikgu atas jasa2 cikgu selama ini.. Kami hanya insan biasa . Cikgu telah mendidik kami dari nothing to something .. 


terima kasih cikgu2 na.. kepada cikgu2 form 5 yang bertungkus lumus mengajar insan SPM seperti saya ni iaitu Sir Ong, Cikgu Harum, Cikgu Hazliyanti, Cikgu Hatipah , Cikgu Bibi, T'cer Hasnida, Cikgu Rohana , Cikgu Zabedah, Cikgu Pasmah, Ustazah Noorizah , dan mama 5 Darulaman yang paling saya sayang, Puan Amanah Abdul Aziz, thanks for all your good deeds t'cers.. we will never forget u all....
 

Monday 9 May 2011

Lelaki..

Suatu hari, aku chat dengan seorang lelaki, Man (bukan nama sebenar) di sebuah laman web sosial, yahoo messenger , ciri-cirinya sudah cukup untuk menambat hati aku. Tinggi lampai , berbadan sasa , pandai , berkarisma dan InsyaAllah beriman .. Aku benar2 tertambat dengannya. Dia seorang yang merendah diri .Aku seolah-olah lupa tak nampak lagi dah lelaki lain  walhal setiap kali aku online yahoo messenger , ramai lelaki yang tegur aku namun aku hanya menantikan si dia . Aku dah 'set' dalam otak aku ne. pkul 10 dia akan online.. aku akan sedaya upaya mem'bajet' masa untuk buat kerja rumah maklumla aku masih bersekolah sedangkan dia sudah masuk U .. 
Bila jarum jam hampir mendekati detik 10 , tink ! Man is online.... 
Hati aku berbunga dengan sendirinya tanpa aku beri respon.. Adrenalin gitu.. Chat kami pun bermula dengan salam dan tanya khabar masing2.. Dia selalu memberi aku semangat untuk belajar ... Aku respect org macam dia ... Gurauan berselang seli memenuhi ruangan chatting kami .. sehinggalah jam 12 tengah malam ..
gambar hiasan






 Sedar tak sedar, dah hampir sebulan kami berchatting. Aku merasakan dia seolah-olah menyukai seseorang lalu aku takut akan kehilangannya sebagai kawan kelak lalu pada suatu malam ketika kami sedang berchatting seperti selalunya , aku menanyakan satu soalan kepadanya ..







Me : Man dah ade gf ke ? Sape prempuan yang ade dalam setiap pic Man tu ? Skandal Man ke ? 
Man : ????
Me : ??
Man : Kami satu kolej , kalau nak bergambar , tak hairanlah kalau dia ada dalam setiap pic Man ..
Me : Pic kolej? nak buat majalah gambar2 tu semua? tak masuk akallah..
Man : Sudah la .. Saya ne tak hensem pun .. sape nak kat sya ne
Me : Saya .. Saya suka kat awak Man ..

Jantung aku umpama terlucut dari koordinatnya.. Ya Allah , apa yang aku dah buat ne..aku melafazkan benda yang tak sepatutnya aku lafazkan..
Man is typing.......
Lama benar perkataan tu muncul seolah-olah dia ingin mentertawakan aku ..

thanks u...tpi Man bukannya artis..muka Man pun xhensem... thnks ye. :))) 
Aku terus offline.. meloncat aku! nak petik bintang pun boleh time tu tapi xteringat coz hepi sgt..


Keesokkan harinya ,

Man is online
Selalunya dia menegurku .. tapi hari tu aku tunggu dan tunggu dan tunggu sampaila 
Man is offline
Aku pelik dengan tingkah lakunya hari tu.. Adakah kerana keterlanjuran kata2 bodoh aku semalam?
aku cuba online kat facebook pula iaitu satu lagi laman web social yang selalu kami berchatting .. 
request aku di refuse berulangkali..


pun begitu..
aku hantar email kepadanya.. tapi tiada jawapan ..
apabila aku meneliti setiap aktivitinya di facebook, rupanya dia meminati perempuan lain yang jauh lebih cantik dari aku.. dahulu dia jugak katakan dia mahukan yang bertudung tetapi sekarang , dia yang termakan dengan kata2nya sendiri..
hati aku luluh..
sedihh
hampa
kecewa
seminggu..dua minggu..tiga minggu..
aku masih sedih....
aku sedih apabila mengenangkan saat aku mula kenal dia...
namun aku mula bertekad untuk teruskan hidup aku tanpa dia..aku boleh bahagia tanpanya ..
aku cuma mampu berdoa agar dia dapat merasakan apa yang aku rasakan waktu dia tinggalkan aku dulu..
nukilan:  "somebody to love" 
 

Sunday 8 May 2011

Ibu .. Terima kasih ibu..

Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku..
bila ku berduka..engkau hiburkan selalu...
that song is dedicated to my dearest mom..Puan Noraida..
ibu,
Selamat Hari Ibu.. Kakak sayang ibuuu..muahx!


Ibu aku seorang wanita yang sangat tabah...aku sayang sangat kat ibu aku..kalau aku nak wat pape,
ibu perkara pertama yang aku pikir..ibu suka ka apa yang aku buat ne..ibu tengah makan apa sekarang ne..macam2 lagi la..kadang2 aku terpikir jugak macam xmau kahwin ja,.tapi aku kena keluar dari kemiskinan hidup ni..nak bantu dia..nak bagi kebahagiaan kat dia..impian dia nak tengok aku jadi seorang doktor..aku akan usaha untuk tunaikan impian dia kelak..aku susah nak ungkapkan yang aku sayangkan ibu aku face to face..aku akan ungkapkan melalui hadiah2..kad ucapan..sesuatu yang boleh di aplikasi dalam kehidupan seharian beliau..cewah.hahha..aku ada ibu aku ja dalam dunia ne..kawan perkara ketiga dalam hidup aku lepas ibu and family aku..abah aku dah xda..tapi dalam hati ne,abah dgn ibu tetap #1 ...aku sayang mereka..


Aku pelik la dengan orang yang hantar mak bapak diorg g rumah orang tua2..dulu mak bapak diorg anta diorg ke rumah anak2 yatim ke?tak.....
Anak2 yatim tak mungkin buat macam tu kat ibubapa diorg...mereka cuma menerima ketentuan Allah..dengan redha..bukan dengan tidak bersyukur seperti mana manusia hari ne,,mengejar keduniaan semata-mata..mereka mungkin lupa,kalau ibu dan ayah mereka tidak wujud , mereka di mna???




Aku cuma mampu berharap,rumah orang tua2 di dunia ni semakin berkurang..kerana insan seperti mereka tidak patut sama sekali dilayan macam tu..seharusnya jasa mereka dibalas...


buat semua wanita didunia ne,tak kisah lah ibu tunggal ke,ibu beranak satu..wanita yang belum ade anak pun patut digelar ibu,,
Saya.nak ucapkan ..selamat hari ibu sedunia..tanpa kalian semua, tiada lagi generasi sekarang..terima kasih ibu..